Lama sudah aku tidak tulis preview drama di blog ini. hehe. Baru-baru ini aku menonton drama japan Love Shuffle. Drama ini juga sedikit sebanyak memberi mood jiwang kepadaku seminggu ini. Mana tidaknya jika asyik mendengar lagu Fantasy (versi melayu ialah Khayalan nyanyian Ruffedge), Eternal Flame & Dancing Queen.
Drama ini berkisar tentang 4 orang jiran iaitu Usami Kei @ Usa-tan; Aizawa Airu @ Ai ai; Sera Ojiro @ O-chan & Dr. Kikuta Masato @ Kiku-rin yang berkenalan di dalam lif yang tetiba mengalami gangguan elektrik a.k.a rosak sekejap. Dari perkenalan itu, mereka mendapat tahu bahawa masing-masing mempunyai masalah dalam percintaan mereka. Usa-tan pada hari kejadian sebenarnya baru diminta break-off oleh tunangnya, & yang lain juga merasa permasalahan dalam hubungan masing-masing.
Sehubungan dengan itu (skema betul ayat aku), Kiku-rin mencadang agar mereka membuat Love Shuffle, di mana setiap minggu mereka akan bertukar pasangan antara mereka. Tujuannya untuk memberi nafas baru dalam hubungan masing-masing, di mana kemungkinan mereka akan bertemu pasangan yang paling sesuai untuk mereka ketika bertukar-tukar kekasih ini atau mungkin lebih meyakinkan bahawa pasangan sedia ada adalah yang terbaik untuk mereka.
Biar aku kenalkan watak-watak yang terlibat:
Usami Kei @ Usa-tan merupakan tunang kepada Kagawa Mei. Dia merupakan cinta pertama Mei sejak Mei di zaman sekolah lagi. Dia seorang yang idealistik, jujur-lurus-bentul-penuh-kemanusiaan, sering merasakan dirinya second-rate, namun dia sering menyerlah & bersinar dalam apa yang dia buat. Dia kebiasaannya bodoh-bodoh & menjadi penyeri bagi drama ini. Watak ini dilakonkan oleh Tamaki Hiroshi, yang melakonkan watak Chiaki-Senpai dalam Nodame Cantabile.
Aizawa Airu @ Ai ai, seorang gadis yang kuat & berprinsip. Dia mudah kasihankan orang, bercinta dengan Yukichi mungkin atas dasar simpati, tetapi dia juga satu-satunya orang yang benar-benar ikhlas memahami Yukichi. Namun dia pernah kehilangan abang kembarnya, yang membuatkan dia selalu membandingkan kekasihnya dengan abangnya, yang menjadi faktor dia asyik gagal dalam percintaan. Watak ini dilakonkan oleh Karina yang pernah berlakon juga dalam Galileo: Episode Zero; Bambino & Long Love Letter…tapi aku tak ingat watak-watak dia di dalam drama-drama lain ini…haha.
Sera Ojiro @ O-chan, seorang jurugambar yang cool. Di awal cerita, dia mempunyai skandal dengan Reiko yang sebenarnya isteri orang. Habit & kerjayanya mengambil gambar, dan setiap date dia bersama pasangan Love Shuffle dia diisi dengan sesi fotografi. Uniknya, semasa sesi fotografi itu, dia akan bertanya soalan yang akan mencungkil emosi modelnya. Tapi, hasilnya ialah foto-foto yang begitu superb. Dilakonkan oleh Matsuda Shota yang pernah melakonkan watak Akiyama Shinichi dalam LIAR GAME & Sojiro dalam Hana Yuri Dango.
Dr. Kikuta Masato, psychiatrist bersifat penuh gentlement. Kekasihnya pernah membunuh diri, maka dia juga berusaha agar pesakitnya Kairi tidak bunuh diri lagi. Dia mula mencadangkan Love Shuffle sebagai eksperiment untuk membantu Usa-tan & Mei bersatu semula. Tetapi aktiviti ini juga sebenarnya bertujuan untuk setiap yang terlibat mengenali diri. Kiku-rin mempunyai personaliti misteri yang tak dijangka di sebalik dirinya yang gentlement.
Kagawa Mei ialah anak orang kaya yang humble. Sepanjang hayatnya, dia cuma pernah bercinta dengan Kei@Usa-tan. Jadi 3 bulan sebelum perkahwinan mereka, Mei merasakan dia dan Kei bukanlah pasangan yang sesuai sebagai suami isteri. Sepanjang Love Shuffle, Mei mencuba untuk menjadi orang lain demi untuk mengenal diri & cinta sebenarnya.
Oishi Yukichi, seorang yang bodoh-bodoh-lurus-bentul juga, yang selalu bersifat seperti stalker walaupun dengan girlfriend sendiri. Tapi dia sebenarnya seorang genius, pemilik kepada beberapa syarikat besar a.k.a orang yang kaya di usia muda. Dia sering menggunakan wang dalam sesuatu urusan. Dia suka membuat perkara pelik seperti memasang GPS untuk mengintip & mengekori orang lain. Menjadi best friend & membentuk duo Tara-chan bersama Usa-tan.
Hayakawa Kairi, pelukis muda yang dihantui Thanatos, lambang kematian dalam falsafah Greek. Dia pesakit Kiku-rin yang asyik nak bunuh diri. Atas pujukan Kiku-rin, dia berjanji hanya akan bunuh diri pada harijadinya yang ke-20. Dia seorang yang susah untuk dibaca emosi, bersikap tidak peduli pada hal-hal sekeliling. Habitnya, menguyah ice ketika dating.
Komijyo Reiko, isteri orang yang secara misterinya suka berscandal dengan lelaki lain. Dia mempunyai sikap bad woman, paling matang mengenai hidup antara keempat-empat wanita itu. Paling mudah juga membaca perangai & mengetahui rahsia orang lain.
Bagi yang tidak biasa dengan drama jepun, pasti merasa pelik membaca tema drama ini. Ya, ini memang bukan budaya di Malaysia di mana couples bertukar pasangan untuk mencari pasangan sejati, & menjadi kebiasaan juga bahawa seseorang takkan bercinta dengan bekas kekasih kawan sendiri. Tapi aku abaikan dulu budaya yang aku sendiri tidak terlibat ini. Dan seperti kebiasaan, aku sering terkesan pada persoalan yang dibangkitkan sepanjang drama ini, antaranya:
- Kairi, sebagai seorang yang asyik nak bunuh diri. Dia dalam dunia dia sendiri & orang-orang di sekeliling berusaha membantu dia bertukar dari Thanatos (kematian) kepada Eros (kehidupan).
- Reiko, isteri orang yang atas sebab-sebab tertentu berscandal dengan orang lain.
- Kiku-rin yang kematian kekasih, menonjolkan watak yang tak disangka pada beberapa episod terakhir.
- Kebanyakkan watak belajar nilai baru dalam diri, menjadi matang dalam tempoh love shuffle itu. Persoalan antara persahabatan & percintaan juga menarik.
Akhir sekali, banyak peristiwa tak dijangka dalam drama ini. Ditambah lawak bodoh-bodoh setara dengan Nodame Cantabile, memang buat aku addict dengan drama ini. Drama ini boleh didownload secara torrent di d-addict, atau ditonton secara online di mysoju atau viikii. Dibawah sebahagian screenshot untuk drama ini:
Nota: Semua gambar boleh diklik untuk preview yang lebih besar. Kredit gambar pertama (Correlation chart) untuk DramaWiki.
UPDATE:
LINK UNTUK DOWNLOAD TORRENT [disaran mendownload versi SD yang telah difansub oleh Querbeet]
Nota: Querbeet baru saja release episod 10 (finale) setelah aku hampir meroyan menunggu loading episod 10 di MySoju dari petang tadi…huhu. Untuk makluman, download untuk siri ini agak cepat berbanding drama-drama lain…jadi sila download & enjoy the show. Ingatan, ini bukan direct download, tetapi guna torrent; boleh rujuk entri Torrent Siri 1 & Torrent Siri 2 aku untuk belajar cara guna torrent. Harap maklum :)
UPDATE 2: Related Video dari YouTube tidak dapat di-embedded di sini, jadi aku buangkan dari entri ini.
21 BuDaK pAnDai:
wah.xde donlot link nye ke tuan umah...hihi
gomenasai...hehe...lepas ni saya tambah link:)
sallam... waaaa macam best jew... heheheh.. tumpang lalu... ^.^
eh..mcm kenal la watak utama..
tu bukan dlm citer nodame ke dia berlakon..
tp citer ni pasal breakdance shuffle ke?..ki3..
aizawa airu tu macam pelakon baru je..
romantik x citer ni..:) da abis ker tengok..:)
aku memang malas nak mendolod apatah lagi nak menunggu berjam-jam...so aku pastinya akan mencari DVDnyer...hari ini juga rasanya...hehehe..
mysoju xde ke semua ni?
@hanc, memang best....addict & hampir meroyan aku menonton drama ini...bahaya2...hehe
@hafiz, yup..dia chiaki sempai dalam nodame cantabile...bukan breakdance shuffle, tp diorang shuffle kekasih...haha
@cahaya bulan, definasi romantik kita mungkin berbeza...yg boleh saya cakap, kita boleh belajar banyak lagi pasal kehidupan, alam percintaan & personaliti manusia mll drama ini:)
ada separuh lagi episod terakhir belum ditengok sebab loading mysoju lambat sangat & querbeet baru release ep10 mlm tadi....huhu
@nakamura, haha...aku mula mendownload seminggu lepas...ko mmg, sanggup beli DVD...wah, beli hari ini...nanti ko komen lagi ye selepas habis tengok...haha
@joegrimjow, ada link di mysoju...tapi percaya la, nak menunggu loading video itu sungguh lambat, tapi kamu bukan d Malaysia mungkin cepat kot....aku hampir meroyan menunggu ep10....huhu
aku suka sera ojiro berlakon...aku dah tengok citer LIAR GAME ngan HANA YURI DANGO...nanti nak download la...
kalo download dari mysoju ada subtitlle tak ?? english @ bi??
HI HI.. visiting back here! hahas!
@paan, yup...paling suka dia dlm liar game...haha
yg mysoju ada english subtitle, tapi itu bukan hardsub...so kalau download dr mysoju maybe x kuar subtitle...hehe
@david, thanks for visiting:)
aini camne nak download dari mysoju ?? tak reti la...
nak tgk2...
p tggu lpas exam r...huk3
@paan,check my previous entry: http://hurulaini.blogspot.com/2009/02/howwhere-to-downloadwatch-koreanjapan.html
@azuan, ye ye...utamakan study...good luck..
p/s:tetiba teringat dulu time minggu xm la sakan tengok drama...ahaks:)
looks interesting, ^^
aku suka cerita jepun... ko tak nak burn untuk aku ker?
ingatkan tarian shuffle daaa
-___-
ar..love shuffle..best ni cite ni, lawak2..hehe
alamak
best best
tp..
episode 2 broken la plak
slain mysoju ape lgi?
mcm best lah citer ni..baca sinopsis dah mcm best..huk2...tp angah kurg tgk drama2 japan ni..
pssst..sis..sila ambik award :) thnks:)
@cik siti...hehe..mmg menarik
@luffy, burn pun mcm mana nak bagi...jauh la...hehe...ko dwld la sendiri..xpun beli dvd...haha
@loq, bukan tarian shuffle daa...
@ashie, hahaha...mmg lawak & best
@jogrimjow, tu la org suruh dwld...hahaha
nanti aku update kalau dh jumpa semua link direct download...hehe
@cik angah, try la tengok...sure addict pas tu...haha
Post a Comment